Sekilas Tentang Gejala Penyakit Tibi

Sekilas Gejala Tentang Penyakit Tibi - Tibi adalah penyakit berjangkit yang boleh membawa maut apabila tidak dirawat. La Diakibatkan oleh kuman mycobacterium becillus yang ditemui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.

Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenal sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.

Jika penyakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkongan yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.

Gejala-Gejala Tibi
  • Batuk berdahak melebihi dua minggu atau lebih
  • Dahak berdarah
  • Demam berpuluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan.
Golongan beresiko tinggi mendapat jangkitan
  •  Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
  •  Pembawa HIV
  •  Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  •  Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
  •  Warga tua
 Langkah Pencegahan tibi
  • Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG  Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas perut dan umur 12 tahun 
  • BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesehatan kerajaan bagi mereka yang berumur 20 tahun ke bawah.
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji dahak anda.
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan penyakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.
Itulah sedikit tentang penyakit tibi. Semoga pembahasan ini bermanfaat bagi anda. Terima kasih

 

Artikel Terkait Sekilas Tentang Gejala Penyakit Tibi :